Thursday, June 27, 2019



Program UMP bersama murid SK Bukit Lada 
"Xpres to impress"

Murid-murid Sk Bukit Lada berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan pelajar-pelajar UMP dalam menjayakan aktiviti KBAT dalam suasana yang seronok serta bermakna. Pihak sekolah mengaharapkan agar program jalinan ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.


Wednesday, June 26, 2019

Seni Tradisional Melayu Pantun Dua Kerat


Seni Tradisional Melayu : Pantun Dua Kerat.

Murid tahun 1 Amanah telah diperkenalkan dengan pantun dua kerat dalam aktiviti Pdpc di dalam kelas. Guru Bahasa Melayu Tahun 1 iaitu Pn. Rohana bt. Safari berjaya menerapkan nilaai murni dan khazanah melayu kepada generasi Y untuk dijadikan amalan di masa akan datang.



Saturday, September 15, 2018

UJANA ILMU, DESTINASI ILMUAN

Pelbagai aktiviti PSS akan dijalankan di sini. Warga sekolah dialu-alukan untuk menyumbangkan idea dan sebagainya untuk memeriahkan lagi lokasi ini. Guru-guru boleh membuat aktiviti lapangan bersama murid dan segala aktiviti yang dibuat di sini akan direkodkan sebagai aktiviti PSS atau jalinan bersama PSS.

Selamat Datang Pegawai Pemantau Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Pahang 2018

KAMI seluruh warga sekolah SK Bukit Lada, Khas Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah ini mengadulu-alukan kehadiran kepada Pusat Sumber Sekolah Kami ini yang lebih dikenali sebagai Ujana Ilmu PSS SK Bukit Lada. Semoga kehadiran tuna/puan dapat memberi motivasi kepada kami di sini. Kami juga berharap ada keputusan yang terbaik dan seterusnya memberi kemenangan kepada kami semua. 

Datang tuan membawa senyum
Mekar setaman hingga ke senja
Dihati kami mekar berkuntum
Agar sentiasa hajat menjadi nyata

Terima kasih sekali lagi kami seluruh warga sekolah mengucapkan terima kasih di atas kehadiran tuan/puan. Semoga ada berita baik yang akan dikhabarkan kelak.

Admin

Wednesday, August 1, 2018

SELAMAT DATANG KE BLOG PSSSK BUKIT LADA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya berharap  dengan adanya Blog Pusat Sumber  ini dapat menyampaikan info-info penting kepada warga sekolah dan masyarakat.

Murid-murid boleh membuat pinjaman buku melalui sistem automasi yang akan beroeprasi tidak lama lagi. Ini terutamanya apabila 50% buku siap dimasukan dalam sistem. Bagaimanapun diharapkan murid terus meminjam buku dari masa ke semasa walaupun proses dokumentasi Sistem Automasi PSS sedang berjalan.

Guru Perpustakaan dan media
Pusat Sumber Sekolah
SK Bukit Lada